KAB GOLD

 


1. APA ITU KAB GOLD?

✅ Nama penuh KAB Gold ialah KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (1240458-V).
✅ KAB Gold adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera Muslim dan dipandu oleh Syariah. Ia diasaskan pada tahun 2017 dan mula bergerak aktif pada tahun 2021.
✅ Aktiviti utama KAB Gold ialah menjual dan membeli emas dan perak fizikal dalam bentuk gold bar, dinar dan barang kemas.
✅ Motto KAB Gold ialah Knowledge, Asset, Bullion. Ilmu adalah asas utama untuk membina aset dalam bentuk ketulan emas. Di KAB Gold, ilmu emas dan kewangan diberikan secara percuma.
✅ KAB Gold diasaskan bersama oleh Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Khairul Anuar Basri. Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar bertindak sebagai Pengerusi dan Khairul Anuar Basri adalah Ketua Pegawai Eksekutif.
✅ Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar adalah ikon kewangan Islam antarabangsa dan seorang usahawan yang sangat terkenal. Beliau juga adalah pemilik kelab bolasepak Kedah Darul Aman.
✅ Khairul Anuar Basri pula adalah ikon Al-Quran tanahair yang berpengalaman luas dalam aktiviti jual beli emas fizikal sejak tahun 2013 lagi. Beliau juga adalah penasihat Syariah institusi kewangan Islam yang diiktiraf.
✅ Penasihat Syariah KAB Gold ialah Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah. Beliau adalah seorang pakar muamalat yang terkenal. Sekarang beliau bertugas di Universiti Malaya.
✅ Pengesah ketulenan emas keluaran KAB Gold ialah Abdul Shukor Anuar dari KL Assay Sdn. Bhd. Beliau adalah ahli kimia berdaftar yang sudah tidak asing lagi dalam industri emas.
✅ Ibu pejabat KAB Gold berada di Blok B, 35-1 & 35-2, KL Traders Square, No. 99, Jalan Gombak, Kampung Kuantan, 53000 Kuala Lumpur.
✅ Setakat ini, KAB Gold telah pun membuka cawangannya yang pertama di No 41, Lorong Permata 1/1, Bandar Permata Lunas, 09600, Lunas, Kedah Darul Aman.
✅ Pelanggan berdaftar KAB Gold bukan saja berada di seluruh Malaysia tetapi juga di luar negara seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan lain-lain.
✅ KAB Gold boleh dicapai di semua platform media sosial melalui link https://linktr.ee/KABGoldynamics.


......................................................................



2. MENGAPA PERLU SIMPAN EMAS?
✅ Emas adalah salah satu daripada alat kewangan yang mempunyai fungsi dan kelebihan yang tersendiri. Ia mesti ada dalam portfolio kewangan peribadi dan institusi.
✅ Emas adalah salah satu daripada 7 perkara yang disebut dalam Al-Quran. Ia menjadi tarikan kepada mata yang memandang. Sudah tentu tersembunyi di sebaliknya seribu satu kelebihan.
✅ Emas adalah wang asal sejak turun temurun. Pada awal penciptaan duit kertas pun, emas masih lagi dijadikan sandaran sehinggalah sandaran itu dihapuskan dan duit kertas boleh dicetak mengikut keperluan.
✅ Emas adalah simpanan alternatif kepada simpanan tunai. Naluri wang adalah berbelanja. Naluri emas adalah mengumpul. Jika kita selalu gagal menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk gram emas.
✅ Emas adalah pelaburan jangka panjang yang baik. Harga emas naik dan turun secara jangka pendek tetapi sentiasa menaik secara jangka panjang. 20 tahun dahulu, harga segram emas kurang dari RM100. Tetapi pada hari ini, harga segram emas sudah melebihi RM300.
✅ Emas adalah penyelamat apabila kita menghadapi masalah kewangan. Ia boleh dijual atau digadai untuk mendapat tunai segera. Siapa yang ada duit, belum tentu ada emas. Tetapi siapa yang ada emas, pasti ada duit.
✅ Emas diikat dengan berat. Jika harga emas naik, kekayaan pemiliknya bertambah walaupun beratnya tidak bertambah. Jika harga emas turun, gram emas tidak berkurangan walau sedikit pun.
✅ Emas adalah aset sebenar yang boleh dimiliki secara sedikit demi sedikit. Jika matlamat akhir ialah memiliki 1 kilogram emas, ia boleh dibeli secara berperingkat sehinggalah cukup 1 kilogram.
✅ Emas boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat peribadi. Ada yang menyimpan emas untuk berkahwin, dijadikan mas kahwin, mengerjakan haji dan umrah, membina rumah kediaman, menampung belanja pendidikan anak-anak dan sebagainya.
✅ Emas adalah save heaven investment. Harganya akan naik mendadak apabila berlaku ketidakstabilan ekonomi, politik dan sosial.
✅ Emas boleh mengimbangi kenaikan kadar inflasi dan kos sara hidup. Duit pula semakin hari semakin susut nilainya. Jumlah wang yang sama, tidak boleh membeli barang yang sama pada masa hadapan.

...................................................................


3. BAGAIMANA BERMULA DENGAN KAB GOLD?
✅ Setiap pelanggan yang ingin memiliki produk emas KAB Gold mestilah terlebih dahulu mendaftarkan diri di laman web Introducer KABGold Anda.
✅ Isi semua maklumat peribadi. Jika mendaftar melalui link rujukan, kod introducer akan terpapar secara automatik. Jika tidak, isi kod introducer orang yang memperkenalkan kepada KAB Gold atau boleh abaikan sahaja.
✅ Setelah selesai, buka emel dan klik link untuk sahkan (verify) pendaftaran.
✅ Selepas itu, boleh daftar masuk ke laman web KABGOLD menggunakan ID dan juga kata laluan masing-masing.
✅ Semua pelanggan berdaftar akan diberikan ID yang dinamakan sebagai KAB code.
✅ Segala urusniaga boleh dilakukan secara atas talian menggunakan laman web rasmi KAB Gold.
✅ Pelanggan boleh memilih sama ada untuk membuat pembelian menggunakan kaedah Belian Terus atau kaedah Uncang Emas.
✅ Belian Terus bermaksud, para pelanggan memilih daripada katalog, item emas yang khusus sama ada gold bar atau dinar. Selesaikan bayaran dan pilih kaedah pengambilan sama ada ambil sendiri atau pos.
✅ Uncang Emas ialah akaun emas berasaskan emas fizikal. Ia kaedah terbaik untuk mengumpul emas sedikit demi sedikit. Nilai minimum yang boleh dibeli ialah 1/4 atau suku gram.
✅ Kelebihan Uncang Emas ialah para pelanggan mempunyai 2 pilihan samada membiarkan sahaja gram emas dalam akaun atau boleh difizikalkan dalam bentuk gold bar atau dinar.
✅ Jika terdapat sebarang kemusykilan, boleh rujuk introducer (Raizi - 019.3839179)

..............................................................


4. BAGAIMANA MENJANA PENDAPATAN DI KAB GOLD?
✅ Selain daripada membeli emas sebagai simpanan peribadi, para pelanggan berdaftar juga boleh menjana pendapatan di KAB Gold.
✅ Model perniagaan KAB Gold ialah rujukan (referral). Setiap pelanggan mesti mempunyai introducer dan boleh menjadi introducer kepada orang lain.
✅ Introducer yang berpangkat Wakil Jualan, akan menikmati insentif untuk beliannya sendiri dan juga belian orang yang berdaftar di bawahnya.
✅ Secara asasnya, nilai insentif yang bakal dinikmati oleh Wakil Jualan bergantung kepada tahap Wakil Jualan.
👉 Gold Advisor - 1%.
👉 Gold Manager - 1.5%.
👉 Gold Group Manager - 2%.
✅ Para pelanggan boleh menjadi Wakil Jualan dengan belian tertentu yang ditetapkan oleh KAB Gold. Ia bergantung kepada promosi dan boleh berubah pada setiap masa.
✅ Potensi pendapatan adalah tidak terhad. Semakin besar empayar emas seseorang Wakil Jualan, semakin besar potensi pendapatan yang bakal dinikmati.
✅ Melalui model rujukan, Wakil Jualan hanya perlu kongsikan link rujukan yang boleh didapati daripada akaun peribadinya di laman web KAB Gold kepada seramai mungkin individu. Siapa yang berdaftar melalui link tersebut akan menjadi pelanggan di bawahnya sampai bila-bila.
✅ Wakil Jualan tidak perlu menyimpan stok emas untuk dijual kepada pelanggan. Wakil Jualan hanya perlu menjadi introducer. Pelanggan akan berurusan sendiri dengan KAB Gold.
✅ Apa yang perlu dilakukan oleh Wakil Jualan hanyalah membimbing pelanggan di bawahnya agar menjadi seorang penyimpan emas yang berjaya. Itulah rasional mengapa KAB Gold membayar komisen kepada Wakil Jualan.

.....................................................................
.


5. APAKAH SISTEM SOKONGAN DI KAB GOLD?
✅ Untuk semua pelanggan berdaftar KAB Gold dan juga bakal pelanggan, KAB Gold sentiasa komited untuk menyediakan sistem sokongan yang mantap dan menyeluruh.
✅ Semua pelanggan boleh berurusan terus dengan KAB Gold melalui cawangan-cawangan yang ada. Setakat ini di Kuala Lumpur dan Kedah. Ia akan bertambah di masa hadapan.
✅ Kelas-kelas bimbingan juga sangat aktif dianjurkan oleh KAB Gold di ibu pejabat atau di lain-lain tempat yang ditentukan dari semasa ke semasa. Ia adalah percuma.
✅ Sesi bimbingan secara atas talian di media sosial milik KAB Gold juga diadakan secara berkala. Ikuti pengumumannya di semua platform media sosial KAB Gold.
✅ Para pelanggan boleh membaca buku yang dihasilkan oleh pengasas KAB Gold dan Wakil Jualan KAB Gold sendiri. Setakat ini, buku yang tersedia ialah Celik Wang Usia Muda (Iman Zulkifli & Khairul Anuar Basri) dan Emas dan Syariah (Mohd Daud Bakar & Khairul Anuar Basri).
✅ Wakil Jualan KAB Gold juga sangat aktif di media sosial. Banyak maklumat dan ilmu dalam bentuk tulisan dan infografik disediakan oleh Wakil Jualan yang aktif.
✅ Ketua Pegawai Eksekutif KAB Gold, Khairul Anuar Basri sendiri sangat aktif dan turun padang untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan dan kehebatan simpanan emas.
✅ Beliau kerap diundang untuk memberikan ceramah tentang emas. Beliau selalu aktif menulis di page USTAZ EMAS DAN DINAR dan telegram di https://t.me/BimbinganEmasKABGold.
✅ Untuk berjaya dengan emas, amalkan 4K berikut :
👉 Konsisten membeli emas untuk simpanan peribadi.
👉 Konsisten menambah ilmu emas untuk menjadi penyimpan emas yang gembira.
👉 Konsisten berkongsi keseronokan dan kelebihan menyimpan emas dengan sesiapa sahaja.
👉 Konsisten mendaftarkan sesiapa sahaja untuk menjadi pelanggan KAB Gold menggunakan link rujukan.
InsyaAllah, dengan 4K tersebut, K yang ke-5 akan mudah untuk dijangka iaitu KEJAYAAN.



SEMOGA BERJAYA MENYIMPAN DAN MELABUR DENGAN ISTIQAMAH



Comments

Popular posts from this blog

HIJRAH KE KAB GOLD.

Keistimewaan KAB Gold

10 Kelebihan Uncang Emas KAB Gold