Selamatkan Tunai sebelum Berbelanja Hangus!

 

Katanya Jack Ma :

“Bila kita ada banyak duit di tangan, kemungkinan untuk kita buat silap itu lebih besar”.

Kenyataan ini betul. Ramai orang yang saya jumpa, mereka sibuk nak ‘beranakkan’ duit yang mereka ada tanpa memikirkan risiko untung rugi yang juga ada pada setiap pelaburan.

Yang paling saya takjub, ada juga manusia yang duit takde pun masih boleh buat silap juga. Demi kerana pulangan yang tak masuk akal dan too good to be true, mereka sanggup berhutang untuk kononnya jadi kaya.

Buat personal loan, pinjam sana sini… Just untuk masuk pelaburan atau bisnes yang mereka sendiri pun tak faham. Apa yang mereka nak ialah untung besar!

Tamak. Malas fikir. Malas kerja. Nak mudah.

Semua tu sifat-sifat orang yang mudah nak melingkup. Tapi mereka tak serik-serik.

Di KAB Gold, kami ajar masyarakat selamat duit yang mereka ada sebelum fikir macamana nak bagi lagi banyak.

Duit yang kita ada, dah memang duit kita. Rileks ah..

Duit yang kita labur, modalnya pun belum tentu kita boleh dapat balik. Ini kan pula untungnya.

So, berhati-hatilah.

Duit yang ada, yang kita tak guna, yang kita nak simpan jangka panjang, baik juga kalau tukar jadi emas. InsyaAllah selamat daripada kita belanjakan tak tentu hala.

Jangan bertangguh. Nanti duit tu habis kita belanjakan. Dah la sikit, habis pulak tu.


#KAB

Comments

Popular posts from this blog

HIJRAH KE KAB GOLD.

Keistimewaan KAB Gold

10 Kelebihan Uncang Emas KAB Gold