Cerita KAB

 





Jom saya bagitahu satu cerita.
Bagi pelanggan tegar KAB Gold, benda ni bukan lagi rahsia. Tapi bagi pelanggan baharu atau bakal pelanggan, apa yang saya nak bagitahu ini adalah maklumat yang sangat penting.
Bila saya asaskan KAB Gold, antara perkara utama yang saya titik beratkan ialah pematuhan Syariah tahap tertinggi. Ia bukan saja patuh Syariah bahkan sentiasa dipandu oleh Syariah.
Antara perkara penting yang saya terjemahkan dalam operasi KAB Gold, setiap pelanggan mesti tahu bahawa mereka membeli emas yang benar-benar wujud ketika pembelian dibuat.
Bukan didakwa wujud. Bukan bakal wujud.
Tapi memang sedia wujud tanpa was-was lagi.
Bagaimana caranya?
Kami akan letakkan di bahagian informasi produk tentang kewujudannya. Berapa keping stok tersedia akan dipaparkan dengan jelas. Jika tiada, kami akan catatkan ‘Out of Stock’ dengan warna merah.
Aahhhh.. siapa-siapa pun boleh letak. Mana tahu betul-betul wujud atau tidak?
Ok, kalau nak tahu ianya benar wujud atau tidak, cuba beli dan buat kejutan di pejabat KAB Gold untuk mengambil emas tersebut.
Datanglah pada bila-bila masa sekali pun, emas tersebut sudah tersedia untuk anda. Tak perlu bagitahu nak datang, tak perlu buat reservation dan sebagainya.
Bila pelanggan dah buat belian dan bayaran secara online, kami akan asingkan siap-siap emas fizikal tersebut untuk pelanggan yang membeli. Pada waktu yang sama, bilangan stok yang terpapar di website akan berkurangan.
Saya tidak mahu para pembeli membeli dalam keadaan jahalah atau tidak tentu sama ada emas itu wujud atau tidak. Tidak perlu pun dibuat reservation atau menunggu giliran untuk mengambil emas milik sendiri.
Tidak ada istilah ‘oh, stok belum sampai’ di KAB Gold selepas pembelian dibuat. Semuanya boleh diketahui lebih awal iaitu sebelum pembelian dibuat.
Jika ada, boleh terus beli. Jika tiada, nak beli pun tak boleh. System akan diasable secara automatik.
Saya yakin, bagi pelanggan yang menitikberatkan hal-hal patuh Syariah, cara KAB Gold pastinya akan memberi lebih ketenangan.
Beli tanpa was-was. Bukan beli dengan agak-agak. Atau beli tapi kena tunggu dulu sebab stoknya tak ada.
Ini kaedah belian terus yang patuh Syariah. Barang mesti wujud dan diketahui wujudnya dengan yakin dan dapat dibuktikan serta ditunjuk yang mana satu.
Ia agak berlainan dengan belian secara akaun emas yang dikongsi beramai-ramai pada 1 kilobar yang sama. Operasi patuh Syariahnya sedikit berlainan. Itu akan saya jelaskan dalam posting yang lain.
Jadi, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam untuk menjadi pelanggan KAB Gold dan membeli emas di KAB Gold.
Tinggalkan segala perkara yang syubhah dalam urusniaga emas kerana ia mempunyai syarat yang ketat dan khusus berbanding dengan jual beli barang atau komoditi yang lain.
Saya doakan agar kita semua dirahmati Allah.

Comments

Popular posts from this blog

HIJRAH KE KAB GOLD.

Keistimewaan KAB Gold

10 Kelebihan Uncang Emas KAB Gold