Posts

Showing posts from July, 2023

TAKUT SIMPAN EMAS?

Image
  Jika hari ini kita takut nak simpan emas. Satu hari nanti kita pasti akan lebih takut simpan duit kertas.  Ini disebabkan nilai wang kertas bukan terletak pada kertasnya tapi terletak pada jaminan sesebuah kerajaan.  Pada kertas itu sendiri sebenarnya tiada nilai sebenar. Ia tiada nilai intrinsik (melekat). Ia hanya bernilai disebabkan nilai yang 'dipaksa' ke atasnya.  Sebab itu kerajaan tulis "Wang kertas ini dah diperlakukan dengan nilai.." itu jaminan kerajaan.  Semoga semakin ramai yang akan faham hakikat sebenar ini dan mula menyimpan emas sebagai simpanan jangka masa panjang. #KABGold #MRJEMPIRE

HIJRAH KE KAB GOLD.

Image
HIJRAH KE KAB GOLD. (Tulisan asal CEO KAB Gold) Suatu masa dahulu, saya pernah jadi dealer yang sangat berjaya di sebuah syarikat emas terkemuka dalam negara. Dalam waktu yang singkat saja, saya berjaya menerobos dan meloloskan diri dengan pantas sekali sehingga mengatasi pencapaian orang lain yang bermula jauh lebih awal daripada saya. Yelah… buat dengan betul, buat dengan sabar. Kejayaan tidaklah sesukar mana untuk dijangka. Itulah sebenarnya azimat yang saya pegang. Cuma, dalam hati saya tersemat satu azam demi agama. Saya mahu buat sesuatu yang boleh menaikkan nama orang Islam dan meroketkan pencapaian sebagai seorang Muslim yang sebenar. Setiap hari saya berdoa. Setiap hari saya sebut. Ya Allah, bantulah aku demi agamaMu. Aku teringin sangat nak miliki sebuah syarikat jual beli emas. Ada banyak benda baik yang boleh aku terapkan jika Engkau izinkan aku memiliki syarikat jual beli emas aku sendiri. Alhamdulillah… doa setiap hari akhirnya dimakbulkan oleh Allah SWT. Secara rasminya

Cerita KAB

Image
  Jom saya bagitahu satu cerita. Bagi pelanggan tegar KAB Gold, benda ni bukan lagi rahsia. Tapi bagi pelanggan baharu atau bakal pelanggan, apa yang saya nak bagitahu ini adalah maklumat yang sangat penting. Bila saya asaskan KAB Gold, antara perkara utama yang saya titik beratkan ialah pematuhan Syariah tahap tertinggi. Ia bukan saja patuh Syariah bahkan sentiasa dipandu oleh Syariah. Antara perkara penting yang saya terjemahkan dalam operasi KAB Gold, setiap pelanggan mesti tahu bahawa mereka membeli emas yang benar-benar wujud ketika pembelian dibuat. Bukan didakwa wujud. Bukan bakal wujud. Tapi memang sedia wujud tanpa was-was lagi. Bagaimana caranya? Kami akan letakkan di bahagian informasi produk tentang kewujudannya. Berapa keping stok tersedia akan dipaparkan dengan jelas. Jika tiada, kami akan catatkan ‘Out of Stock’ dengan warna merah. Aahhhh.. siapa-siapa pun boleh letak. Mana tahu betul-betul wujud atau tidak? Ok, kalau nak tahu ianya benar wujud atau tidak, cuba beli dan