Posts

Showing posts from May, 2023

Kelebihan Menyimpan Emas sebagai Pelaburan

Image
Pelaburan dalam emas telah menjadi pilihan popular selama berabad-abad, dan terdapat sebab yang baik mengapa ini berlaku. Berbeza dengan pelaburan lain yang boleh berubah secara drastik mengikut keadaan pasaran, harga emas telah mengekalkan nilai sejak zaman berzaman. Sebenarnya, emas telah digunakan sebagai mata wang dan simpanan nilai selama beribu-ribu tahun. Jika anda sedang mempertimbangkan untuk melabur dalam emas, berikut adalah beberapa sebab mengapa ia merupakan pilihan bijak: 1. Emas mempunyai rekod panjang mengekalkan nilai. Emas telah dihargai oleh tamadun selama beribu-ribu tahun, dan nilainya telah kekal relatif stabil sepanjang masa. Manakala nilai aset lain boleh berubah mengikut keadaan ekonomi, emas telah terbukti sebagai simpanan nilai yang boleh dipercayai. 2. Emas adalah perlindungan terhadap inflasi. Apabila inflasi meningkat, nilai wang kertas akan berkurang, tetapi nilai emas cenderung meningkat. Ini bermakna emas boleh membantu melindungi daya beli anda dari ma

Kelebihan Dinar dan Jongkong Emas

Image
  Dinar emas dan jongkong emas keduanya memiliki kelebihan dan kekurangan yang berbeza-beza. Berikut adalah beberapa kelebihan dari masing-masing jenis emas: Kelebihan dinar emas: • Dinar emas memiliki nilai sejarah dan kebudayaan yang tinggi sebagai mata wang Islam kuno. • Dinar emas lebih mudah diperdagangkan dan diakui nilainya di beberapa negara di Timur Tengah. • Dinar emas memiliki ukuran yang standard dan baku, sehingga lebih mudah dalam mengira nilai dan berinvestasi. Kelebihan jongkong emas: • Jongkong emas memiliki nilai yang stabil dan tidak mudah terpengaruh oleh fluktuasi pasar. • Jongkong emas lebih mudah diperdagangkan dan diakui nilainya di seluruh dunia. • Jongkong emas mudah untuk disimpan dan dijaga keamanannya. Namun, kedua jenis emas ini juga memiliki kekurangan. Dinar emas, misalnya, tidak memiliki ketulenan yang sama dengan jongkong emas (biasanya ketulenan dinar ialah 916, manakala jongkong emas ialah 999.9), sedangkan jongkong emas lebih terdedah terhadap keros

KAB Gold vs Public Gold

Image
Rata-rata persoalan apakah perbezaan KAB Gold vs Public Gold sentiasa ditanya. Sebab ramai yang sudah terbiasa dengan Public Gold, pastinya perbandingan ini dibuat. Disini saya akan cuba buat perbandingan yang jelas kerana saya berpengalaman dengan kedua-dua syarikat emas ini. Saya mulakan dahulu dengan  KAB Gold . Jual beli emas  24k dan barang kemas. Ada item fizikal 0.5g, 1g, 5g, 10g, 50g, 100g, 0.5 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar Harga emas fizikal diupdate setiap 20 minit. Hanya menjual emas  readystock . Bilangan emas yang ada ditunjukkan pada umum. Ada sistem dealership dengan insentif  1%, 1.5%, 2% Tiada upah simpan  untuk item fizikal dan akaun Uncang Emas Ada akaun simpanan emas namanya  Uncang Emas . Harga diupdate setiap  24 jam sekali . Belian  serendah 0.25g  untuk Uncang Emas Harga  jual semula yang telus  dan dipamerkan untuk Uncang Emas. Uncang Emas boleh keluar  100%  tanpa tutup akaun Akaun Uncang Emas  disokong emas fizikal Jumlah emas fizikal yang menyokong Un

Menyingkap Potensi Emas

Image
  Izinkan saya bercerita sedikit tentang potensi emas. Mungkin ada yang salah faham. Emas mempunyai sejarah yang amat panjang (panjang disini adalah ribuan tahun, ada tak matawang yang mempunyai sejarah sepanjang ini? Jika ada, ianya hanya di muzium). Sehinggakan puluhan buku bercerita mengenainya malah mungkin ribuan buku jika diambil kira dari semua negara. Bercakap mengenai emas, kita tidk dapat lari dari menyebut nama Presiden Amerika yang ke-37 iaitu Encik Richard Nixon. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengalih sandaran USD pada emas kepada hanya jaminan kerajaan US. Sejak itu emas mula melepaskan diri dari harga yang tetap. Prestasi Emas Harga emas hari ini menjejak harga tertinggi dalam sejarah Malaysia (bukan dunia). Harga emas bukanlah sentiasa menaik dan kenaikannya bukanlah suatu yang tetap. Apa yang perlu kita lihat, harganya naik dan turun setiap hari. Walaubagaimanapun, mari kita lihat corak kenaikannya dalam tempoh 13 tahun. Peratusan purata kenaikan setiap tah

Impian Kecil Menuju Matlamat Utama

Image
  [Impian Kecil Menuju Matlamat Utama] .. Hidup ini memerlukan matlamat yang jelas. Bagi seorang muslim, matlamat hidup yang utama adalah mendapat redha dari Allah dan menuju syurgaNya di akhirat nanti. .. Perasankah kita sejak kecil kita telah mencapai pelbagai kejayaan dalam hidup dan ia membuatkan kita bahagia. Kita telah bijak merangka tujuan singkat dan berjaya mengecapinya. Namun tidak semua impian tercapai. Semakin kita dewasa impian kita mula berubah dan ada antara impian ini tidak pernah kita fikirkan dahulu. .. Hidup umpama layang-layang yang terbang di awan. Apabila kita mempunyai azam yang teguh umpama tali yang mengikat layang-layang, perjalanan hidup kita sentiasa menuju puncak destinasi yang ditujui. Tanpa matlamat akan membuakan kita lemah dan hilang punca. Pasti hidup begitu membosankan. .. Saya telah mencapai pelbagai kejayaan yang saya impikan dahulu. Saya merasa sangat gembira apabila mencapainya tetapi setelah itu, saya perlu mewujudkan matlamat yang lain supaya ia

Teknik Simpanan Terulung

Image
Dari kecil sehingga dewasa kita dididik menyimpan wang tetapi masih gagal untuk menjadi kaya. Sering kita keluhkan yang kaya semakin kaya, wang bukan segalanya tapi segalanya memerlukan wang, kos sara hidup semakin meningkat dan pelbagai lagi. Kunci kepada masalah ini hanya 2: Menyimpan Tambah pendapatan. Tapi sering juga kita gagal diperingkat pertama, apatah lagi peringkat kedua. Walau bagaimanapun, perasankah kita atuk kita semua kebanyakannya berjaya mengumpul harta berkoyan-koyan? Kemana perginya kebolehan keturunan kita mengumpul harta? Selalu saya dengar kisah adik-beradik berebut harta warisan. Dan penyudahnya harta ini akan terlepas dari pengangan keluarga dan terjual. Yalah, siapa tak mahu duit mudahkan? Baik, disini saya ingin berkongsi 1  mindset  menyimpan. Kegagalan utama untuk teknik pertama ini adalah  mindset . Ianya didalam minda kita. Dari kecil kita dididik untuk menyimpan baki duit belanja sekolah. Teknik ini sesuai pada zaman dahulu dimana masih kurang media dan p

Pelawanan Paling Sukar

Image
  Perlawanan paling sukar bagi kita adalah menentang   nafsu . Sebagai manusia biasa kita mempunyai nafsu yang mana perlu dikawal. Ini adalah salah satu ujian kita dari Pencipta. Akibat dari nafsu boleh membinasakan kita. Ramai antara kita terperangkap dalam jerat marketing yang rata-rata membuatkan kita rasakan kehendak menjadi keperluan. Sebangai contoh mudah, kita perlukan smart phone. Ada banyak model dalam pasaran dan harganya sangat berbeza. Untuk model yang mahal, ia menyajikan jenama yang baik, fungsi yang pelbagai dan kebanyakannya kita tidak perlukan. Mereka buat kita rasa kita perlu menggunakannya. Disebabkan harga yang tinggi, ia didatangkan dalam pakej-pakej tertentu yang membolehkan kita membelinya dengan komitmen bulanan. Disini menyebabkan kita mula membelanjakan wang yang belum kita perolehi (baca: hutang). Sekiranya kita fikir kembali, kita boleh membuat pilihan yang lebih tepat bersesuaian dengan keperluan kita. Kemudian baru kita buat keputusan. Walaubagaimana pun,